MYFREEVIEW : Remote dekoder MYTV rosak? Remote mytv percuma dan mytv advance sama tak?

Home » MYFREEVIEW : Remote dekoder MYTV rosak? Remote mytv percuma dan mytv advance sama tak?
MYFREEVIEW : Remote dekoder MYTV rosak? Remote mytv percuma dan mytv advance sama tak?



REMOTE CONTROL MYTV MYFREEVIEW

RemoteMYTV MYFREEVIEW dari dekoder percuma boleh digunakan untuk dekoder MYTV Advance. Remote dari dekoder T2000 juga boleh digunakan untuk dekoder MYTV Advance tanpa masalah.

Remote lain tak cuba lagi.

Remote MYTV ni ada je jual kat luar. Tapi bukan yang original MYTV punya lah. Remote MYTV kan kadang-kadang cepat rosak bila terjatuh dan terhentak dengan kuat.

======================
DEKODER MYTV PERCUMA
======================

S) Siapa yang layak untuk menerima dekoder MYTV PERCUMA ini?

J) Kerajaan telah memilih seramai 4 juta penerima yang layak dari senarai BR1M/BSH. Semua penerima dekoder MYTV PERCUMA yang layak akan menerima dekoder ini melalui pos.

———-

S) Saya adalah penerima BR1M/BSH, tetapi kenapa saya tidak layak?

J) Untuk makluman, jumlah keseluruhan penerima BR1M/BSH di seluruh negara adalah seramai 6-7 juta orang. Kerajaan tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk memberikan semua penerima BR1M/BSH dekoder MYTV PERCUMA.

Kerajaan hanya dapat memberikan sebanyak 4 juta sahaja dekoder MYTV PERCUMA ini. Senarai penerima BR1M/BSH yang terpilih untuk menerima dekoder MYTV PERCUMA akan dipilih dari senarai pendapatan terbawah sehingga senarai ke 4 juta.

Jika tuan/puan penerima BR1M/BSH tetapi tidak tersenarai sebagai penerima dekoder MYTV MYFREEVIEW PERCUMA, ini mungkin tuan/puan adalah dari senarai 4 juta ke atas.

Jumlah penerima BR1M/BSH yang tidak layak menerima dekoder MYTV PERCUMA adalah seramai 3 juta orang.

———-

S) Bagaimana untuk menyemak senarai penerima Dekoder MYTV PERCUMA ini?

J) Tuan boleh semak sendiri melalui SMS. Sila klik link di bawah;

———-

S) Saya sudah semak dan saya adalah penerima Dekoder MYTV PERCUMA. Tetapi bagaimana saya mahu mengambilnya?

J) Tahniah! Tuan/puan tidak perlu mengambilnya. Semua dekoder MYTV PERCUMA akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan di dalam sistem BR1M/BSH. Ia akan mengambil masa untuk proses penghantaran.

———-

S) Saya sudah bertukar alamat. Apa yang perlu saya buat?

J) Tuan/puan boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV untuk memaklumkan perkara tersebut. Sila hubungi talian ini 1-300-80-6988.

———-

S) Saya sudah menunggu selama sebulan, tetapi masih tidak ada dekoder MYTV PERCUMA di pos ke rumah saya. Apa perlu saya buat?

J) Tuan/puan boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV untuk memaklumkan perkara tersebut. Sila hubungi talian ini 1-300-80-6988.

———-

S) Saya tidak layak sebagai penerima dekoder MYTV MYFREEVIEW PERCUMA. Boleh ke saya buat rayuan?

J) Tidak boleh. Senarai penerima adalah bedasarkan senarai penerima BR1M/BSH. Tuan/puan hanya boleh mengemaskini data penerima BR1M/BSH sahaja.

———-

S) Jika saya nak beli dekoder MYTV ini boleh ke?

J) Ya, boleh. Tuan boleh beli dekoder MYTV MYFREEVIEW Advance di kedai-kedai elektrik berdekatan. Tuan juga boleh membeli secara online. Klik link di bawah

———-

S) Adakah siaran digital MYTV MYFREEVIEW ini ada bayaran bulanan?

J) Tidak ada bayaran bulanan. Siaran digital MYTV MYFREEVIEW ini adalah percuma sama seperti siaran sebelum ini. Cuma kualiti siaran digital adalah jauh lebih baik dari siaran sebelum ini.

———-

S) Jika saya tidak mahu menggunakan dekoder ini, masih boleh ke saya menonton siaran tv biasa?

J) Mulai 31 Oktober 2019, semua siaran biasa (analog) akan ditutup sepenuhnya. Namun jika tuan/puan tidak mahu menonton siaran digital melalui dekoder, ada 2 cara lagi untuk mendapatkan siaran digital ini.

a) Tuan/puan boleh menonton siaran digital MYFREEVIEW ini melalui sambungan internet.
b) Tuan/puan boleh menonton siaran digital MYFREEVIEW ini melalui langganan bulanan siaran tv satelit.

———-

S) Berapa jumlah siaran MYFREEVIEW yang ada.

J) Jumlah siaran MYFREEVIEW setakat Oktober 2019 adalah sebanyak 13 siaran tv dan 6 siaran radio. Jumlah siaran ini akan ditambah dari masa ke semasa secara berperingkat.

Pada masa akan datang, kerajaan juga akan memperkenalkan siaran khusus berbayar untuk penonton yang mahu menonton siaran tertentu. Ia akan diperkenalkan pada masa akan datang.

#dekoder
#mytv
#myfreeview
#digital

Nguồn: https://shaarique.com/

Xem thêm bài viết khác: https://shaarique.com/cong-nghe/

Leave a Reply

Your email address will not be published.